~eTIQA Takaful~



Berikan anda masa untuk membaca blog ini..anda tidak akan rugi..malah anda akan untung sampai bila-bila..ini adalah masa depan yang anda tentukan sendiri..jika anda tidak bertindak sekarang..kemungkinan satu hari nanti tindakan anda itu akan membuatkan anda menyesal sampai bila-bila...

Assalamualaikum..Salam Sejahtera..

Anda seorang Anak?
Anda seorang Ayah?
Anda seorang Ibu?
Anda seorang Suami?
Anda seorang Isteri?

Saudara dan saudari yang dihormati,

Apakah perancangan anda untuk jaminan diri dan keluarga tersayang?
Adakah simpanan anda mencukupi jika sesuatu musibah menimpa ke atas anda untuk menampung kos rawatan, sara hidup dan pendidikan anak.

Pernahkan anda terfikir apa akan jadi pada orang yang anda sayangi jika sesuatu terjadi pada anda?
Dan pernah kah anda terfikir cukupkah simpanan anda sekarang untuk kegunaan di masa 'Usia Emas' anda?


Ini adalah realiti..

Buka seluas-luasnya minda anda..fikirkan sedalam-dalamnya kemungkinan yang akan terjadi..mulakan langkah anda segera untuk masa depan orang yang anda sayangi..

KESILAPAN KEWANGAN UMUM

Kesilapan 1 : Sentiasa menangguh untuk memulakan sistem perancangan.

Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali. Tanyalah diri anda sendiri sudah berapa kali perkataan seperti Tak Apa, Nanti Dulu, Lepas Kahwin, Bila Anak Dah Besar, sering dijadikan alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan untuk pendidikan anak, insuran perubatan atau membuat temu-janji dengan perancang kewangan bagi membaikpulih pinjaman anda.

Kesilapan 2 : Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.

Kita sendiri sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakannya gagal untuk merancang. Mungkin sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab anda tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas jawapan kepada soalan-soalan seperti :
i- Apakah 3 matlamat kewangan anda?
ii- Bila jangka masa pencapaiannya?
iii- Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan?

Kesilapan 3 : Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.

Media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan mengalakkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah media massa dipersalahkan? Apakah ada sistem atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamer?

Kesilapan 4 : Kejahilan tentang konsep nilai masa (time value) wang.

Semua orang tahu pasal hutang kad kredit, hutang along dan hutang pinjaman perumahan yang seolah-olah tak pernah habis dibayar dan kalau dapat dibayar pun akan mengambil masa yang lama. Berdasarkan prinsip yang sama (iaitu konsep nilai mata wang) simpanan RM100 sebulan selama 20 tahun pada kadar faedah 10 peratus setahun (kadar kad kredit ialah 18 peratus) akan menghasilkan harta RM72000. Tetapi malangnya masih ramai yang lebih suka menyimpan dengan syarikat kad kredit dan sentiasa merungut tidak cukup wang.

Kesilapan 5 : Perlindungan Takaful/Insuran yang tidak mencukupi.

Apabila memulakan satu sistem simpanan untuk tujuan tertentu contohnya deposit pembelian rumah, tabung pendidikan anak, ada risiko yang boleh menyebabkan wang simpanan tersebut tiba-tiba hangus. Contohnya seperti belanja perubatan, hilang upaya bekerja , kemalangan. Bolehkah kita berserah kepada takdir semata-mata untuk memastikan matlamat kewangan kita tercapai?

Kesilapan 6 : Kegagalan menangani musuh wang yang utama iaitu inflasi

Bayangkan harga sebuku roti 10 tahun dari sekarang, atau segelas teh tarik. Kajian KWSP telah pun menunjukan bahawa duit simpanan yang diambil oleh pencarum sewaktu usia 55 tahun habis dalam jangka masa 3 tahun sahaja. Anda bagaimana, apa senjata yang ada untuk melawan inflasi, kanser kewangan nombor satu?

Kesilapan 7 : Keengganan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah.

Kesilapan ini telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu memperkenalkan skim cepat kaya, pembelian insuran/takaful dan unit trust yang tidak sesuai dan penggunaan wang KWSP yang tidak berpadanan dengan profil penyimpan. Semua orang tahu bila sakit harus jumpa doktor bukan peguam. Begitu juga kalau ada kes undang-undang jumpa peguam bukan doktor. Tidakkah logik untuk meminta khidmat nasihat seorang penasihat kewangan/perunding takaful bagi mengatasi dilemma pengurusan kewangan anda?


Ini adalah realiti..

Buka seluas-luasnya minda anda..fikirkan sedalam-dalamnya kemungkinan yang akan terjadi..mulakan langkah anda segera untuk masa depan orang yang anda sayangi..



Anda seorang yang bijak!!!

eTiQa Takaful menawarkan pelan simpanan dan perlindungan komprehensif yang berlandaskan syariah;



Tabung khairat kematian/hilang upaya kekal.

Elaun Harian Hospital.

Pampasan Kemalangan Diri (24 jam seluruh dunia).

Pampasan 28 jenis Penyakit Kritikal.

Tabung Pendidikan Anak (Program Anak Angkat dan Biasiswa).

Simpanan untuk persaraan.

Jaminan Haji dan Umrah.

Tabung Kecemasan.

Keistimewaan lain yang bakal anda perolehi:


Kemudahan pengeluaran tahunan tanpa RIBA.

Perlepasan cukai pendapatan.

Perkongsian untung ( Mudharabah 80:20).

Zakat dibayar sepanjang tempoh simpanan.

Amal jariah.

Muamalat Islam.






Pemandu teksi yang menampung sara hidup keluarganya:

"Saya telah bekerja sebagai pemandu teksi selama sepuluh tahun."

"Saya sudah lama terfikir hendak membeli polisi takaful tetapi tidak berbuat demikian sehingga saya ditimpa kemalangan dan tidak dapat bekerja selama beberapa minggu."

"Pendapatan saya tidak tetap. Saya akan hanya mempunyai pendapatan sekiranya saya bekerja. Jika saya sakit atau ditimpa kemalangan dan terpaksa pula masuk ke hospital, saya tidak dapat mencari nafkah. Saya mempunyai tiga orang anak yang masih kecil dan isteri saya pula tidak bekerja. "

"Semasa saya sakit dan tidak bekerja, saya berasa amat bimbang akan nasib anak-anak dan isteri sekiranya saya meninggal dunia. "

"Ini membuatkan saya sedar betapa pentingnya polisi takaful untuk melindungi keluarga sekiranya berlaku sesuatu terhadap diri saya."


Seorang guru yang menjaga ibunya:

"Saya masih bujang dan telah mengajar selama lima tahun. Saya tidak mempunyai tanggungan lain kecuali ibu saya yang berumur lima puluh tahun."

"Sebagai memenuhi tanggungjawab seorang anak, saya telah membeli polisi Takaful dan menamakan ibu sebagai penama. Sekiranya saya ditimpa kemalangan dan meninggal dunia, wang daripada polisi Takaful itu akan dapat membantu ibu untuk terus menikmati taraf hidup yang baik. Ibu juga boleh menggunakan wang tersebut untuk mengambil pembantu rumah untuk menjaganya."


Ahli perniagaan yang ingin melindungi keluarganya:

"Saya telah berkecimpung dalam bidang perniagaan selama lima belas tahun. Walaupun perniagaan saya maju, saya tidak mahu keluarga saya kehilangan taraf hidup yang dinikmati sekarang."

"Semua jenis perniagaan ada risikonya. Saya berasa amat bimbang jika satu hari nanti kemelesetan ekonomi yang teruk akan menyebabkan perniagaan saya gagal dan jatuh bankrap. "

"Saya tidak mahu pemiutang mengambil polisi-polisi takaful saya dan menyerahkannya untuk mendapatkan tunai sedangkan pada itulah saya harus melindungi polisi-polisi tersebut. "

"Justeru itu, saya telah membeli polisi takaful dan menamakan isteri dan keempat-empat orang anak saya sebagai penama. Di bawah Seksyen 166 Akta Insurans 1996, polisi tersebut menjadi polisi amanah. "

"Jika sekiranya perniagaan saya gagal dan saya jatuh bankrap, polisi tersebut akan melindungi keluarga saya sekiranya saya meninggal dunia. "


Balu yang berasa bimbang akan kebajikan anak-anaknya:

"Suami saya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan tiga tahun yang lalu ketika berumur awal empat puluhan. Kami mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah."

"Kami bersyukur kerana mendiang suami saya mempunyai polisi takaful. Wang yang diperolehi daripada polisi tersebut telah digunakan untuk melangsaikan pinjaman rumah."

"Walaupun begitu, saya masih terpaksa mencari pekerjaan untuk menyara hidup kami sekeluarga. Oleh itu, saya juga telah membeli polisi takaful untuk melindungi saya jika berlaku kemalangan, kecacatan dan juga kematian ke atas diri saya. Sebagai ibu, saya bertanggungjawab membuat perancangan untuk anak-anak saya."


ADAKAH ANDA SALAH SEORANG DARI MEREKA...ATAU ADAKAH ANDA INGIN MENJADI SEPERTI MEREKA??? FIKIRKAN SEJENAK..



*DALIL *

Mengapa Perlu Takaful???

Muhammad Hisyam bin Mohamad

Fellow: 16/01/2007 -( Berita Harian )

Musibah adalah ketentuan daripada Allah s.w.t. Ia merupakan satu ujian atau cubaan ke atas umat manusia bagi menguji tahap kesabaran mereka. Ini dijelaskan oleh Allah s.w.t melalui firmannya di dalam surah al-Baqarah ayat 155-157 yang bermaksud:

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar [155].Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali [156].Mereka itulah orang yang dilimpahi dengan kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya [157].

Ada kalanya musibah ini merupakan satu ujian yang berpunca daripada perbuatan manusia itu sendiri. Lantas Allah s.w.t menurunkan balanya agar manusia kembali sedar akan kesilapan yang mereka lakukan dan kembali mengamalkan apa yang dianjurkan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Hal ini dapat diperhatikan melalui firman Allah s.w.t di dalam surah ar-Ruum ayat ke-41 yang bermaksud:

Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

Sebagai hamba, kita perlu menerima ketentuan ilahi dan perlu pasrah kepada qada' dan qadarNya. Bagaimanapun ini bukan bermaksud kita perlu berdiam diri tanpa perlu berikhtiar untuk mengelak ia daripada terjadi atau mengurangkan risiko yang bakal menimpa jika berlaku.

Islam mengajar kita supaya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya ujian ini. Dengan kata lain, tanpa persediaan awal, kita mungkin berhadapan dengan risiko yang lebih berat lagi kesan daripada ujian tadi.

Sehubungan dengan itu, risiko-risiko ini perlu diurus dengan bijaksana supaya kesannya dapat dikurangkan dan tidak memberi kesan yang mendalam ke atas ketahanan fikiran dan jasmani manusia.

Dalam hal ini, konsep takaful merupakan kaedah pengurusan risiko yang boleh diterimapakai untuk mengurangkan penderitaan yang bakal ditanggung akibat musibah yang mungkin melanda.

Risiko yang dimaksudkan di dalam konsep takaful merujuk kepada kerugian yang ditanggung akibat kehilangan atau kemusnahan harta benda (takaful am); dan perkara-perkara yang berkait dengan tubuh badan manusia seperti nyawa, penyakit dan sebagainya (takaful keluarga).

Bagaimanapun, bila kita membicarakan tentang persoalan yang berkaitan dengan perlindungan menerusi sistem takaful, kita lebih cenderung untuk memikirkan perlindungan ke atas diri dan nyawa. Kita lebih memikirkan untuk melindungi diri daripada penyakit-penyakit kritikal, perlindungan persaraan atau pendidikan anak-anak berbanding dengan keperluan untuk melindungi harta benda.

Risiko yang berkaitan dengan harta benda sekarang ini memang banyak. Kita perlu melindungi harta kita daripada kecurian, kebakaran, banjir, ribut, kemalangan, gempa bumi dan sebagainya.

Bukan bermaksud untuk mengatakan bahawa perlindungan takaful keluarga tidak penting, tetapi kita sebenarnya perlu mengimbangi pengurusan risiko agar ia merangkumi kedua-dua aspek iaitu nyawa dan harta benda.

Dalam kes bencana banjir yang sering melanda negara pada setiap penghujung dan awal tahun, penduduk rata-rata mengalami kemusnahan tempat tinggal dan harta benda. Premis perniagaan serta kenderaan juga tidak terkecuali. Bagi yang mengambil perlindungan takaful , mungkin mereka boleh mengemukakan permohonan untuk mendapatkan pampasan kepada syarikat pengendali takaful mereka. Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang pelan perlindungan, ia merupakan satu yang mendukacitakan.

Produk-produk takaful am seperti takaful kebakaran, takaful pemilik dan isi rumah (houseowner's and householder's takaful) merupakan antara produk-produk yang menawarkan perlindungan ke atas harta benda kita jika terjadi sebarang bencana seperti kebakaran, kecurian mahupun banjir.

Bagaimanapun produk-produk yang dinyatakan di atas hanya melindungi bangunan, rumah atau apartmen yang diperbuat daripada konkrit sepenuhnya. Ini merupakan satu kekangan kepada pemilik-pemilik rumah kayu terutamanya yang tinggal di desa-desa untuk menyertai skim takaful di atas.

Rumah sebagaimana yang kita tahu adalah satu keperluan. Rumah yang selesa berperanan dalam mewujudkan satu persekitaran kehidupan yang positif kepada warganya. Ini bertepatan dengan maksud hadis berikut:

Daripada Saad r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu isteri yang solehah, rumah kediaman yang luas (lapang), jiran yang baik dan kenderaan yang selesa". (Riwayat al-Baihaqi).

Mungkin sudah tiba masanya bagi pengendali takaful untuk memikirkan produk yang sesuai bagi para pemilik rumah kayu melindungi harta benda mereka daripada bencana-bencana yang biasa melanda negara seperti banjir ini.

Bagaimanapun pada masa yang sama, masyarakat perlu meningkatkan kesedaran dengan mengambil tahu cara-cara yang terbaik untuk mengurus risiko. Perlindungan takaful merupakan satu cara yang terbaik yang boleh digunapakai kerana ia selaras dengan kehendak syariah.

Memang kita mengakui bahawa tidak semua jenis kerugian itu dapat diatasi secara seratus peratus. Sebagai contohnya, kesan emosi atau trauma yang dialami akibat kehilangan harta atau kematian orang tersayang amat sukar untuk ditukarganti dengan pampasan wang ringgit. Bagaimana melalui pampasan yang terdapat di dalam konsep takaful , ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesan kerugian serta tekanan emosi yang terpaksa ditanggung oleh mereka yang ditimpa musibah ini.

Apa yang penting ialah perlu ada keseimbangan di antara pengurusan risiko ke atas nyawa / diri dan perlindungan risiko ke atas harta benda.

Akan tetapi kesedaran untuk menyertai takaful terutama di kalangan masyarakat Melayu beragama Islam masih lagi rendah.

Menurut Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Mohd. Razif Abdul Kadir, pada masa ini jumlah rakyat Malaysia yang memiliki insurans, hanyalah 44 peratus sahaja.

Jika ditinjau dari sudut penyertaan skim insurans konvensional, hanya 5-8% sahaja kaum Melayu mempunyai perlindungan insurans. Mungkin isu-isu yang berkaitan dengan syariah merupakan sebab utama orang Melayu kurang berminat untuk membeli insurans konvensional.

Apa yang peliknya, penyertaan mereka untuk mendapatkan perlindungan takaful juga rendah. Ini yang dikatakan kesedaran kepentingan untuk bertakaful masih lagi belum menjadi satu keutamaan di kalangan orang Islam di Malaysia.

Mungkin kesedaran untuk mendapatkan perlindungan secara Islam ini perlu diasuh dari peringkat kecil lagi di mana kempen-kempen perlu dimulakan di peringkat sekolah rendah atau menengah. Tidak pun ia dimasukkan ke dalam kursus-kursus perkahwinan bagi memberi kesedaran tentang peri pentingnya untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bagi mereka yang ingin memasuki alam rumahtangga dan memulakan keluarga sendiri.

Surah Al Hajj ayat 40-41, Allah berfirman:

Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang munkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan.

Surah An Nur bilangan ayat ke 55:

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

~Takaful Mesra~


TAKAFUL MESRA


Merupakan pelan takaful keluarga yang menawarkan perlindungan serta simpanan untuk masa hadapan. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur antara 6 bulan hingga 60 tahun sahaja.

Peserta yang mempunyai pelan ini akan mendapat manfaat bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh disepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh sijil.

MANFAAT ASAS

1. Kematangan
Semasa tamat tempoh kontrak yang disertai

2. Keilatan kekal menyeluruh (sehingga umur 65 tahun)

i. Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang orang yang dilindungi daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan atau menjalankan sebarang kerja untuk mendapatkan upah, pampas an atau untung, dengan syarat keilatan tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang ganguan untuk tempoh tidak kurang dari 6 bulan.

ii. Hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata, atau hilang/putus kedua belah tangan pada/atas pergelangan tangan; atau hilang /putus kedua belah kaki pada/atas buku lali, hilang/putus satu tangan pada /atas pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali, atau kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan dan hilang/putus keseluruhan lengan/kaki pada/ atas pergelangan tangan atau buku lali.

Untuk pelan juvana, hanya (ii) sahaja terpakai.

3. Kematian
Termasuk kematian atas sebab penyakit atau kemalangan.

CIRI-CIRI PELAN

• Perlindungan berserta simpanan
• Perlindungan boleh disertai seawal umur 6 bulan
• Penyertaan boleh bermula selewaEtiqaya umur 60 tahun
• Perlindungan keilatan kekal menyeluruh sehingga umur 65 tahun sahaja atau menurut tempoh pelan asas (yang mana terdahulu)
• Peruntukan bukan lucuthak melalui sumbangan otomatik (non-forfeiture option in aotomatik contribution)
• Tiada Lien untuk juvana
• Manfaat kematian dan keilatan kekal menyeluruh adalah disertakan dalam pelan.

PERATURAN PENGUNDERAITAN

  • Had Umur Penyertaan - Minimum 6 bulan (Tarikh lahir akan dating)
  • Maksimun 60 tahun (Tarikh lahir akan datang)
  • Tempoh sijil - Minimum 5 tahun
  • Maksimum 79 tahun
  • Umur matang - Maksimum 80 tahun
  • Tempoh Sumbangan - Selaras dengan tempoh sijil
  • Amaun sumbangan - Minimum RM600.00 setahun @ RM 50 sebulan
  • Maksimum tiada had
  • Perlindungan Minimum - RM10,000.00
  • Perlindungan Maksimum- Dewasa – Tertakluk kepada pengunderaitan manakala Juvana – RM200,000- jumlah keseluruhan termasuk semua pelan asas dan rider bertempoh sahaja.
Aliran Sumbangan

Tahun
1
2
3
4>
Akaun Peserta
0%
10%
50%
75%
Akaun Khas Peserta
100%
90%
50%
25%

Nilai Tunai Sijil - Jumlah akaun Peserta Terkumpul
Bayaran Sumbangan - Tahunan , Setengah tahunan, Suku Tahunan dan Bulanan

PEMBAYARAN MANFAAT

1. MANFAAT KEMATIAN

i. Manfaat kematian biasa
Amaun Perlindungan + Jumlah Akaun Peserta + Mudharabah dari Akaun
Peserta
ii. Manfaat Kematian akibat kemalangan
sama seperti kematian biasa

2. MANFAAT KEILATAN KEKAL MENYELURUH

i. Manfaat keilatan kekal menyeluruh akibat penyakit (sebelum umur 65 tahun)

  • Tahun Pertama 10% dari Amaun Perlindungan + Jumlah Akaun Peserta+ Mudharabah dari Akaun Peserta
  • Tahun Kedua 10% dari Amaun Perlindungan
  • Tahun Ketiga 10% dari Amaun Perlindungan
  • Tahun Keempat 10% dari Amaun Perlindungan
  • Tahun Kelima 60% dari Amaun Perlindungan
Bayaran sumbangan dikecualikan sementara manfaat keilatan dilunaskan keseluruhannya

ii. Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akibat kemalangan (sebelum umur 65 tahun)
Sama seperti keilatan kekal menyeluruh akibat sebab biasa.

iii.Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akibat penyakit atau kemalangan ( selepas
umur 65 tahun)

Tiada Manfaat dibayar

3.MANFAAT KEMATANGAN
Akaun Peserta + Mudharabah dari Akaun Peserta + Lebihan dari Akaun Khas Peserta

PENGIRAAN SUMBANGAN

Sumbangan Pelan Asas tahunan - Jumlah perlindungan x Kadar sumbangan 1000

CONTOH PENGIRAAN

Andaian - Umur pada tarikh lahir akan datang - 35 tahun
Tempoh Sijill - 30 tahun
Kadar sumbangan - 26.80
Jumlah perlindungan - RM100,000.00
Sumbangan Tahunan – RM100,000.00 x 26.80 / 1000 = RM2,680.00
Mod bayaran - 12 bulan (Bulanan)
Sumbangan Bulanan - RM223.33

RIDER TAMBAHAN

1.Rider bertempoh
Term Rider
Ditawarkan kepada Peserta dewasa( 18-60 tahun) dan juvana( 6 bulan-17 tahun)

2.Manfaat kematian & keilatan akibat kemalangan
Accidental Death & Disability Benefit(ADDB)
Ditawarkan kepada peserta dewasa (18-60 tahun) dan juvana (6 bulan-17 tahun)

3. Manfaat Idemniti kemalangan
Accidental Indemnity Rider (AIR)
Ditawarkan kepada peserta dewasa (18-55 tahun) sahaja

4.Manfaat Hospital
Hospital Benefit(HB)
Ditawarkan kepada peserta dewasa (18-55 tahun) dan juvana (6 bulan-17 tahun)

5.Penyakit kritikal
Critical Illness (CI)
Ditawarkan kepada peserta dewasa (18-55 tahun) sahaja
Dibayar secara lump-sum

6. Manfaat Pembayar Untuk Pelan Juvana
Payor Benefit For Juvenile (PB)
Ditawarkan kepada peserta dewasa (18-55 tahun) sahaja



Menyediakan tabung pendidikan kanak-kanak berserta perlindungan yang komprehensif untuk jangkamasa pertengahan dan panjang.

Manfaat Asas:

1) Matang
2) Keilatan Kekal Menyeluruh
3) Kematian
4) Anugerah Intelek

Syarat-syarat:

1. Had umur layak : 14 hari hingga 17 tahun

2. Tempoh kontrak : 5 tahun hingga 25 tahun

3. Umur matang : 13 hingga 25 tahun

4. Sumbangan minimum : RM600.00 setahun / RM 50 sebulan
(Pelan asas + top up rider)

5. Bayaran sumbangan: Bayaran lump sum Tahunan, Bayaran Setengah tahun, Bayaran Suku tahun dan Bayaran bulanan

6. Perlindungan minima: RM10,000.00

Jumlah perlindungan keseluruhan untuk juvana terhad hingga RM250,000.00 sahaja (Pelan asas+rider tambahan)

Manfaat Pembayar:

1. Pengecualian Sumbangan Pembayar (Payor Waiver Bebefit) :
6 bulan - 55 tahun

2. Kematian & Keilatan Akibat Kemalangan (Accident Death & Disability Benefit) : 6 bulan - 60 tahun

3. Indeminiti Kemalangan (Accident Indemnity Rider) : 18 - 55 tahun

4. Hospital (Hospital Benefit) : 6 bulan - 55 tahun

5. Penyakit Kritikal (Critical Illness) : 18 - 55 tahun

6. Rider Bertempoh (Term Rider) : 6 bulan - 60 tahun

7. Pendapatan Keluarga (Family Income Benefit)

Anugerah Intelek:
1. UPSR (5A): RM500.00
2. PMR (8A keatas): RM750.00
3. SPM (8 A keatas): RM1,000.00
4. STPM (5A keatas): RM1,000.00

Manfaat anda sebagai pembayar ialah :

1) Sekiranya si pembayar (ayah atau ibu) meninggal dunia atau hilang upaya kekal, pihak eTiQa Takaful Berhad akan meneruskan sumbangan hingga tempoh matang.

Oleh itu simpanan pendidikan untuk anak tetap terjamin. Bagi pihak penjaga atau anak tidak perlu membayar sumbangan.

Dengan pelan eTiQa Takaful Sarjana ini, simpanan pendidikan untuk anak akan lebih terjamin selain ada perlindungan untuk anak. Selain itu faedah lain menabung di eTiQa Takaful Berhad, sudah dipotong zakat dan di selenggara oleh Majlis Pengawasan Syariah. Selain itu ada jugak pelan simpanan untuk individual.

* pelan di atas adalah untuk umur kanak-kanak 2 tahun. manfaat akan berubah jika umur meningkat tetapi jumlah simpanan untuk 20 tahun adalah sama.

2) Pengecualian Pembayaran Cukai

Akta Cukai Pendapatan, 1976. Seksyen 49(1B) telah diperkenalkan mulai tahun taksiran 1996, untuk memberi potongan sejumlah yang tidak melebihi TIGA RIBU RINGGIT bagi premium yang dibayar bagi mana-mana insurans mengenai pendidikan dan manfaat perubatan atas nama individu, isteri individu atau anaknya.
Slide 15
Blog Widget by LinkWithin
top